Saturday, June 25, 2022

GPS cipta kejutan di kerusi Dun Pujut

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencipta kejutan apabila calonnya di Dun Pujut Adam Yii Siew Sang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Beliau telah berjaya meraih undi sebanyak 5,558 dengan majoriti 1,566.

Adam Yii yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) berjaya menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alan Ling yang meraih 3,992 undi; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Bruce Chai Khim Cheong (1,667 undi); calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Leslie Ting Siong Ngiap (1,022 undi) dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chin Fen Siong (152 undi).

Terdahulu, kerusi Dun Pujut itu kosong susulan isu Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan kelayakan sebagai Adun Pujut kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru