Sunday, November 27, 2022

Dun Balingian terus jadi kubu kuat GPS

Secara Rawak

BALINGIAN: Abdul Yakub Arbi kini berjaya mempertahankan kerusi Dun Balingian dengan majoriti 2,904 undi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada kali ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dun Balingian tersebut menang dengan 4,050 undi.

Beliau mengalahkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Yusuf Abdul Rahman yang memperoleh undi 1,146 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang yang memperoleh 498 undi.

Pada kali ini, di Dun Balingain seramai 5,784 orang (66.45 peratus) pengundi telah turun mengundi dan jumlah undi yang rosak ialah 84 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru