Sunday, May 29, 2022

Dr Sim tidak akan ‘tengok saja’ Batu Kawah

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menepati ramalan berjaya mempertahankan kerusi Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) hari ini.

Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.

Dalam pertandingan empat penjuru itu, calon DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen memperoleh 2,434 undian manakala Chai Kueh Khun (PBK) dan Fong Pauk Teck (ASPIRASI) masing – masing memperoleh 756 undi dan 133 undi.

DUN Batu Kawah mempunyai 19,465 pengundi berdaftar bagaimanapun hanya 57.28 peratus atau 11,150 pemilih yang keluar mengundi.

Dr Sim ketika ditemui berkata dengan mandat tersebut sebarang rancangan pembangunan di Batu Kawah akan diteruskan dan dilaksanakan.

Katanya ia merupakan harapan dan aspirasi rakyat di kawasan Batu Kawah.

“Terima kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Kita terus majukan Batu Kawah,” katanya ringkas semasa menghadiri Majlis Pendengaran Keputusan PRN12 Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru