Saturday, June 25, 2022

Cuaca cerah di Padawan, ramai keluar mengundi

Secara Rawak

PADAWAN: Proses membuang undi di pusat mengundi SK Pesang Begu, di sini berjalan dengan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Keadaan cuaca di sini juga cerah sekali gus memudahkan para pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Tinjauan di sini mendapati semua pengundi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti pemeriksaan suhu badan dan memakai pelitup muka sebelum meneruskan pergerakan untuk pendaftaran.

Pergerakan ke saluran undi juga teratur diiringi oleh petugas SPR dan anggota polis yang bertugas.

Kira-kira 622 orang pengundi membuang undi di sini yang mempunyai dua saluran undi.

Pusat mengundi SK Pesang Begu dibuka pada jam 7.30 pagi tadi dan akan ditutup pada jam 4 petang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru