Friday, July 1, 2022

Baru Bian berjaya pertahan kerusi

Secara Rawak

MIRI: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba Kelalan selepas menang dalam saingan lima penjuru.

Bekas Menteri Kerja Raya itu yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.

Sam Laya mencatat 2,007 undi sementara itga lagi pencabar Pita Asut daripa Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 110 undi.

Dua lagi calon, Martin Labo dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Agneas Padan (Bebas) hilanfg deposit apabila masing-masing mencatat 57 dan 55 undi.

Dalam PRN Sarawak ke-11, Baru yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 538 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru