Tuesday, June 28, 2022

Abang Johari: Kemenangan hadiah bermakna buat rakyat

Secara Rawak

KUCHING: “Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memberi mandat baharu kepada GPS dan terima kasih juga kepada PBB, SUPP, PDP dan PRS kerana bekerja keras menggapai kemenangan ini,” kata Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bercakap pada sidang media selepas mengumumkan kemenangan GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Ketua Menteri menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hadiah bermakna buat rakyat di negeri ini.

Bagi beliau kemenangan ini sebagai isyarat pentingnya kemakmuran semua kaum dalam pembangunan ke arah Sarawak menuju 2030.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru