Tuesday, June 28, 2022

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Ke-7

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-7 di Balai Menghadap Utama, Astana Negeri pada Sabtu.

Istiadat yang diadakan secara tertutup tersebut berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 10.40 malam.

Abang Johari, 71, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas GPS memperolehi majoriti mudah melebihi 50 peratus dengan memenangi
sejumlah 45 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Ia sekali gus membolehkan GPS membentuk. Kerajaan Negeri untuk tempoh lima tahun.

Sebelum ini, Abang Johari mengangkat sumpah jawatan yang sama pada 13 Januari 2017 menggantikan mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion serta tetamu kenamaan yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru