Saturday, June 25, 2022

Gerawat antara terawal tiba di pusat pengundian

Secara Rawak

MULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mulu Datuk Gerawat Gala menjalankan tanggungjawab mengundi pada jam 7.30 pagi ini di pusat pengundian Pa’ Ukat, Bario.

Beliau berkongsikan perkembangan menerusi Facebook turut mengharapkan agar semua proses pengundian di Mulu berjalan dengan lancar.

Untuk rekod, kerusi DUN Mulu bakal menyaksikan saingan empat penjuru iaitu calon GPS adalah Gerawat, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Ricard Ibuh dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Son Radu.

Selain itu, kawasan Dun Mulu mempunyai seramai 9, 572 orang pengundi yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Orang Ulu diikuti dengan kaum Iban.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru