Saturday, June 25, 2022

Turun mengundi esok tentukan kerajaan

Secara Rawak

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru para pengundi agar mengundi GPS pada esok hari, 18 Disember.

Menurutnya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, beliau berjanji akan meneruskan usaha pembangunan di Bukit Sari untuk memastikan kebajikan masyarakat kita dapat terus dijaga.

“Setelah mengharungi tempoh berkempen selama 12 hari, saya percaya rakyat telah berfikir panjang serta akan membuat keputusan yang terbaik untuk memilih siapa yang akan mewakili mereka di Bukit Sari nanti,” ujarnya.

Jelasnya, dengan adanya pilihan raya ini, ia membuktikan bahawa sistem demokrasi yang diamalkan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin pilihan mereka.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut menyeru agar penduduk di kawasan Bukit Sari melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada esok hari.

“Kita akan mewujudkan asas-asas yang kukuh untuk membina masa depan generasi muda kita kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, Awang Tengah mengatakan bahawa masyarakat dapat menyaksikan apa yang telah dicapai di kawasan Bukit Sari selama ini.

“Azam kita ialah untuk meneruskan usaha-usaha pembangunan dan membela kebajikan masyarakat dan tidak lupa juga bagi memastikan generasi muda akan terjamin.

“Justeru, saya berharap anda semua laksanakan tanggungjawab pada hari mengundi esok,” tegasnya.

Tambahnya lagi, hanya GPS sahaja yang berusaha untuk memastikan semua hak Sarawak diperjuangkan seperti apa yg termaktub dalam Perlembagaan Malaysia atau Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Pemerintah (IGC).

Sementara itu, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua barisan petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), petugas keselamatan dan jentera parti yang telah bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen untuk meraih undi, tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjaga Standard Operasi Standard (SOP).

“Sehubungan itu, saya mendoakan agar kita semua sentiasa selamat dalam situasi kerajaan yang masih memerangi pandemik Covid-19 ini.

“Oleh itu, patuhilah SOP yang ditetapkan dan jalankan tanggungjawab anda esok. Selamat mengundi dan undilah GPS untuk masa depan kita,” katanya.

Awang Tengah berhadapan dengan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam saingan tiga penjuru pada PRN12 kali ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru