Saturday, June 25, 2022

Pilih kerajaan yang stabil, Ibrahim Baki seru warga Satok keluar mengundi esok

Secara Rawak

KUCHING: Calon GPS Satok, Datuk Ibrahim Baki menyeru semua warga Satok yang berdaftar untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Menurutnya, ia penting bagi memilih kerajaan yang akan mentadbir Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya Ibrahim Baki, calon GPS Satok dengan rendah diri memohon sokongan anda semua. Undilah saya calon nombor satu.

“Sokongan anda semua yang ikhlas amat saya hargai. Kemenangan saya nanti adalah kemenangan anda semua.

“Satok untuk semua, semua untuk Satok. Undilah GPS,” katanya dalam rakaman video seruan untuk pengundi.

Tambahnya, ia juga sudah menjadi hasrat rakyat Sarawak untuk ditadbir oleh kerajaan yang kuat, berwibawa serta terbukti kukuh.

“Ini bagi membolehkan negeri kita dapat mengecapi kestabilan, mengukuhkan lagi kedamaian, kemakmuran, keharmonian, kemakmuran, dan kesejahteraan yang berterusan,” ujarnya lagi.

Terdahulu hari ini, Ibrahim meluangkan masa dengan beramah mesra dengan masyarakat Tionghua di sekitar Jalan Rubber, Satok sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Farhanan Kampung No. 4 bagi menyeru mereka untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab dengan turun mengundi, esok.

Ibrahim yang merupakan muka baharu GPS berazam untuk meneruskan perjuangan dan legasi mantan Adun Satok Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berkelulusan dalam bidang undang-undang, Timbalan Ketua Bahagian Satok ini menyatakan beliau bersama-sama pasukannya mahu Satok bergerak seiring kemajuan di tempat lain dalam pelbagai bidang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru