Saturday, June 25, 2022

Pilih calon dari parti yang boleh membentuk kerajaan, kata Hasbi

Secara Rawak

LIMBANG: Pilihan raya bukan sekadar untuk memilih calon tetapi pastikan calon yang dipilih berpotensi menjadi wakil rakyat dan membentuk kerajaan, kata Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah.

Menurutnya, oleh itu rakyat harus memilih calon daripada parti yang boleh membentuk kerajaan untuk memerintah Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Setakat ini hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan parti yang berpotensi tinggi untuk membentuk kerajaan negeri.

“Ini penting untuk memastikan kesinambungan pembangunan dapat dilaksanakan di daerah dan seluruh Sarawak,” katanya semasa program kempen di Rumah Panjang Banta.

Tambahnya, kerjasama yang erat antara semua bangsa penting untuk membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru