SERIAN: Para pengundi diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan taktik pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji demi meraih undi.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Micheal Manyin Jawong berkata, para pengundi seharusnya dapat menilai segala pembangunan yang telah diusahakan oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Kedup, Martin Ben selama ini.
Beliau berkata demikian ketika menyantuni penduduk di Kampung Mantung Mara-u yang turut dihadiri oleh Martin, pada Khamis.
Sementara itu, Temenggong Bidayuh Bahagian Serian, Henry Bujang Sendan berkata, beliau berharap agar penduduk terus memberikan kepercayaan kepada Martin bagi kesinambungan pembangunan di kampung tersebut.