Saturday, June 25, 2022

Kempen hari terakhir

Secara Rawak

KUCHING: Kurang 12 jam lagi kempen PRN-12 berakhir secara rasmi.

Pada 12 tengah malam hari ini, calon yang bertanding perlu mengakhir kempen mereka.

Bagi Calon GPS DUN Tupong, beliau menyeru pengundi menggunakan hak mereka dengan bijaksana kerana undian esok bukan sahaja bagi memilih wakil rakyat Tupong, malah turut bertujuan menentukan teraju kepimpinan Negeri Sarawak untuk lima tahun yang akan datang.

Tersalah pilih bererti menggadaikan masa depan Sarawak sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun itu.

Beliau berharap pengundi DUN Tupong akan turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan terus menyokong GPS mewakili mereka demi pembangunan berterusan.

Katanya, “turunlah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dan kami merayu supaya anda memilih calon GPS.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru