Saturday, June 25, 2022

Kemenangan kepada GPS untuk  pembangunan rakyat

Secara Rawak

GEDONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan sokongan dan kerjasama daripada seluruh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekiranya menang, GPS akan terus membawa pembangunan lebih-lebih lagi untuk penduduk di kawasan luar bandar.

“Kerajaan akan memberikan pembangunan yang lebih cepat tetapi saya memerlukan kerjasama semua rakyat untuk memastikan pembangunan dapat dilakukan,” katanya semasa berucap dalam program tinjauan mesra di Dewan Kampung Semalatong pada Khamis.

Pengerusi GPS yang juga calon GPS DUN N.26 Gedong itu menambah, beliau akan memastikan pembangunan Daerah Gedong diperhebatkan lagi.

“Selepas 18 Disember ini, baru kita dapat merancang dengan lebih lanjut untuk rakyat khususnya penduduk Gedong,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Menteri menyeru rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan semasa proses pengundian kelak.

Selesai program tersebut, beliau kemudiannya telah bersama rakyat ke Kampung Gayau Padok dan Kampung Kepayang.

Hadir sama, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan yang jugan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru