Tuesday, August 9, 2022

Keluar awal tunaikan tanggungjawab mengundi, esok – Awang Tengah

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan calon penyandang DUN ke-82 Bukit Sari menyeru rakyat negeri ini yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab di peti undi seawal mungkin esok, Sabtu, 18 Disember.

Awang Tengah mengingatkan proses pengundian tertakluk kepada proses SOP yang ketat sudah tentu menyebabkan pergerakan di pusat mengundi mengambil masa yang sedikit panjang.

Semua ini dilakukan demi kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan pengundi.

“Saya berharap pengundi turun beramai-ramai mengundi. Janganlah tunggu sehingga saat-saat akhir kerana proses pengundian ini harus mematuhi SOP (yang memakan sedikit masa), tidak macam dahulu,” ujar beliau.

Beliau juga memohon pengundi terus memilih calon GPS demi meneruskan usaha pembangunan dan pembelaan kebajikan masyarakat Bukit Sari.

Awang Tengah percaya tempoh 12 hari kempen memberikan peluang yang munasabah bagi pengundi mengambil keputusan menentukan calon yang dapat berbakti kepada rakyat.

Beliau turut mendoakan proses pengundian esok berjalan lancar dan semua pihak selamat dan terus terpelihara daripada jangkitan Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru