Saturday, June 25, 2022

Kebanyakan parti politik dijangka pulang kosong

Secara Rawak

KUCHING: Esok ialah hari penentuan bagi 349 calon, termasuk 30 calon Bebas.

Hanya 82 orang akan meraikan kemenangan manakala 267  calon akan kecewa bagi 82 kerusi DUN.

Ini merupakan kali kedua 82 kerusi dipertandingkan selepas PRN-11 pada 2016 yang menyaksikan 229 calon bertanding

Dalam PRN-12  esok, bukan sahaja menyaksikan jumlah parti paling banyak bertanding, tetapi juga jumlah calon dan penjuru paling banyak.

Nasib mereka ditentukan oleh lebih 1.25 juta pengundi berbanding sekitar 1.1 juta pengundi pada 2016.

Dengan SPR menyasarkan 70 peratus pengundian, memang menjadi cabaran untuk calon, parti dan jentera akar umbi untuk memaasstikan peratusan mengundi adalah tinggi.

Meskipun terdapat  bertanding, hanya DAP, PSB dan mungkin PKR dijangka akan meraih kemenangan.

GPS dijangka memenangi  antara 65 hingga 68  kerusi DUN Sarawak, lebih daripada dua per tiga kerusi, sekali gus dapat membentuk kerajaan.

GPS bertanding di 82 kerusi,  Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) di 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) di 15 kerusi.

Selain itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, Amanah (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) di lima kerusi, Pas (satu).

Amanah, Aspirasi, Sedar, Pas PBDSB dan PBK  dijangka akan pulang dengan tangan kosong.

Kesemua 30 calon Bebas dijangka tewas dengan sebahagian besar mereka hilang wang pertaruhan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru