Saturday, June 25, 2022

Fazzrudin: GPS dijangka terima sokongan maksimum

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menzahirkan keyakinan akan menerima sokongan maksimum pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak esok.

GPS pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengekalkan penguasaan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman yang dipetik Kosmo, keyakinan itu dibuat berdasarkan prestasi dipamerkan GPS kepada rakyat sepanjang tiga tahun memerintah Sarawak.

“Sepanjang tiga tahun, Abang Johari (Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg) banyak melakukan transformasi infrastruktur khususnya bagi membangunkan kawasan luar bandar serta pembangunan digital di negeri ini,” katanya.

“Dari sudut itu, rakyat boleh menilai bagaimana corak ke­pimpinan GPS, malah mereka boleh bandingkan bagaimana keadaan di Sarawak sebelum ini sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah Persekutuan,” katanya lagi.

Untuk rekod, GPS banyak bersandarkan rekod cemerlangnya terutamanya dari segi 110 inisiatif Ketua Menteri, dan juga belanjawan besar dengan tumpuan kepada kawasan luar bandar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru