Saturday, June 25, 2022

Abang Johari percaya rakyat terima GPS

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg percaya
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencapai kemenangan pada PRN ke-12 yang bakal ditentukan esok, Sabtu 18 Disember.

Keyakinan ini disandarkan kepada penerimaan rakyat pada setiap program yang beliau sendiri hadiri.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak meletakkan keyakinan melampau, namun percaya kemenangan boleh dicapai kerana sentimen penerimaan rakyat terserlah semasa program pertemuan langsung.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memberitahu penduduk di Kampung Bangka Semong, Kampung Lubok Punggor, Lubok Buntin, Tanjung Sap dan Kampung Benat Hilir di Gedong, Bahagian Samarahan bakal menerima manfaat dari projek naik taraf bekalan air bernilai RM45 juta.

Beliau berkata, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) juga diarah membekalkan air terawat ke kampung-kampung di kawasan Samarahan, Simunjan dan Gedong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru