Saturday, June 25, 2022

Abang Johari: Jangan buat kesilapan, belajar daripada kegagalan PH

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  mengingatkan lebih sejuta pengundi yang mengundi esok hari agar tidak menggadaikan masa depan negeri ini dengan mengambil iktibar daripada  kegagalan Kerajaan PH yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan kerana lemah dan tidak stabil.

Menurut beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak, masa depan rakyat Sarawak bergantung kepada kerajaan yang kuat, stabil dan komited untuk mempertahankan hak-hak rakyat dan kepentingan Sarawak.

“GPS yang berpengalaman, cekap, disegani, berintegriti tinggi dan mempunyai rekod prestasi cemerlang akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam satu seruan khas kepada pengundi Sarawak yang mengundi esok hari.

“Janganlah membuat kesilapan, kita mesti terus memperjuangkan perpaduan, keharmonian, autonomi dan kemakmuran Sarawak. Kami, pasukan GPS komited untuk meneruskan perjuangan dan usaha demi kecemerlangan Sarawak,” katanya.

“Berilah peluang kepada GPS untuk terus berjuang demi kecemerlangan Sarawak untuk kemakmuran kita semua,” ujarnya.

“Kami akan memastikan kemakmuran Sarawak yang berterusan supaya rakyat dapat menikmati manfaat pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang terancang, holistik dan inklusif,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru