Sunday, September 25, 2022

Parti lebih penting, berbanding peribadi – Dr Sim

Secara Rawak

KUCHING: Parti lebih penting daripada kepentingan peribadi, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pemilihan Datuk Wee Hong Seng sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Mengakui berlaku sedikit pertelingkahan dalam keluarga SUPP Cawangan Kuching, Dr Sim berkata pihaknya harus akur dengan keputusan pucuk pimpinan GPS.

“Yang pertamanya berlaku sedikit pertelingkahan keluarga, yang kedua ialah perlembagaan parti telah menetapkan bahawa cawangan tidak mempunyai hak untuk menamakan calon.

“Jadi ini adalah isu dalaman keluarga, saya ingin tegaskan di sini bahawa parti lebih penting daripada kepentingna peribadi,” katanya.

Sebelum ini pengerusi SUPP Padungan, Datuk lily Yong membubarkan jentera pilihan rayanya susulan pemilihan Hong Seng sebagai calon kawasan itu.

Menurut lily, pihaknya telah menghantar dua nama iaitu Bong Lian Huan dan Jong Yean Pin kepada pimpinan tertinggi untuk pertimbangan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa hanya nama Hong Seng dan Yean Pin diserahkan kepada GPS.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru