Saturday, June 25, 2022

Kit Siang: Kita tahu ramai kecewa dengan PH

Secara Rawak

KUCHING: Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan tidak adil menghakimi kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdasarkan pengalaman 22 bulan pentadbirannya.

Sebaliknya beliau menyifatkan bahawa DAP pasti mampu menunaikan janji sekiranya mereka bergerak sendiri ketika menjadi kerajaan persekutuan pada 2018.

Ahli Parlimen Iskandar Putri itu secara peribadinya turut kecewa dengan ‘prestasi hitam’ PH semasa memimpin pentadbiran di Putrajaya.

“Ya kita tahu ramai pengundi kecewa dengan pentadbiran 22 PH, malah saya sendiri pun tidak gembira dengan prestasi itu.

“Namun adalah tidak adil jika kita menghakimi DAP dengan prestasi 22 bulan itu, jangan guna alasan itu untuk tidak memberi kepercayaan kepada DAP.

“Kalau kita diberi kesempatan untuk mentadbir lima tahun, kita pasti akan melaksanakannya dengan baik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Kit Siang menyifatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak sebagai ‘perang terhebat’.

Rakyat kata beliau, khususnya pengundi harus fokus dengan undi kelak agar ia tidak disia-siakan sehingga memberi kelebihan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menang.

“Jangan pecahkan undi anda, undi anda adalah penting, ini bukan soal Sarawak sahaja tetapi ia berkaitan dengan Malaysia,” tegasnya.

Mengulas kejayaan PH sebelum ini, kata Kit Siang, tiada siapa sangka bahawa Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2016.

Dan ia katanya tidak mustahil untuk mengulangi kejayaan itu di Sarawak sekiranya undi tidak dipecahkan susulan kemunculan pelbagai parti tempatan yang bertanding pada PRN12 ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru