Sunday, September 25, 2022

Impian calon DAP di Bukit Semuja

Secara Rawak

SERIAN: Calon muda DAP Dun Bukit Semuja Brolin Nicholsion akan memberi lima keutamaan pembangunan di kawasan tersebut seandainya diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat dalam PRN12 kali ini.

Katanya, keutamaan pertama ialah memastikan pembangunan berterusan di Bukit Semuja.

“Selain itu, saya juga mengutamakan peningkatan tahap pendidikan pelajar di kawasan ini dengan menyediakan kelas tuisyen percuma kepada golongan B40.

“Memperkasakan suara rakyat dengan membenarkan mereka memilih pemimpin masyarakat setempat tanpa campur tangan politik,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau, keutamaan lain ialah mewujudkan sektor perniagaan yang inklusif dan tidak berat sebelah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jelasnya, untuk keutamaan tersebut akan mempromosikan kepakaran dari kawasan perkampungan di bawa ke bandar.

Ujarnya, keutamaan kelima ialah memastikan bantuan kebajikan disalurkan kepada keluarga dan individu yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik.

Dun Bukit Semuja bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu John Ilus calon GPS, Elsiy Tingang calon PSB, dan Edward Andrew Luak calon PBK.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru