Saturday, January 22, 2022

Abang Johari serius pertahan hak Sarawak, bangunkan kawasan luar bandar

Secara Rawak

KANOWIT: Banyak peruntukan bagi tujuan pembinaan telah diluluskan di kawasan luar bandar, jelas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri  Abang Johari Tun Openg di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nanga Tada, Kanowit, pada Rabu.

Berucap pada majlis tersebut, Abang Johari berkata, Kerajaan sememangnya mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan Ngemah bersama dengan kawasan-kawasan yang lain termasuk Machan dan sekitarnya.

“Memang benar Datuk Aaron Ago Dagang ada minta, supaya ada agensi wilayah yang ditubuhkan untuk membantu memajukan kawasan di sekitar ini dan kita buat kajian di mana sempadannya dan juga macam mana kita melaksanakannya.

“Bagi saya ini adalah kawasan di bawah Rascom dan di sana kita dapat rancangkan pembangunan di kawasan ini termasuklah infrastruktur,” katanya.

Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, beliau serius membangunkan kawasan luar bandar seperti daerah Gedong sebagai konstituensinya dan kawasan luar bandar yang lain setelah lebih 40 tahun menjadi wakil rakyat bagi DUN Satok yang dulunya hanya sebuah kampung dan kini telah menjadi bandaraya.

Sementara itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menambah, Sarawak bertuah kerana mempunyai kerajaan yang stabil dan kuat kerana kukuhnya satu platform atau sebuah parti iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang boleh kita banggakan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan II merangkap Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Sr Zaidi Mahdi serta dif-dif kehormat yang lain.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru