Tuesday, August 9, 2022

Pengantin lelaki dirompak pada majlis persandingannya

Secara Rawak

PHILADELPHIA: Pengantin lelaki yang keluar sekejap untuk menikmati udara segar pada majlis perkahwinannya dirompak oleh dua individu yang tidak dikenali, lapor polis Philadelphia.

Menurut certifiedintel.com, insiden tersebut berlaku pada 11:45 malam di wilayah Old Town.

Dua suspek dikatakan keluar dari sebuah kereta, berjalan ke arah mangsa dan mengacukan pistol ke arahnya.

Mereka meminta jam Rolex yang di tangannya dan selepas diberikan jam tersebut, mereka melarikan diri meninggalkan suspek dalam keadaan terpinga-pinga.

Jabatan Polis Philadelphia mula menyiarkan video suspek rompakan dan pecah rumah di laman media sosial.

Menurut polis insiden rompakan semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini dengan mereka sentiasa mencari peluang mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang leka sama ada mereka bersendirian atau berada dalam kumpulan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru