Tuesday, January 18, 2022

Haiwan peliharaan kunyah rambut tuannya ketika tidur

Secara Rawak

WASHINGTON: Dalam satu insiden yang mengejutkan seorang wanita terkesima selepas mendapati rambutnya dikunyah oleh haiwan peliharaannya yang merupakan seekor khinzir, lapor Timesnow.

Insiden itu berlaku ketika dia nyenyak tidur.

Sebuah agensi berita asing melaporkan Gara Sullivan 29, jurusolek, tidur sambil mendakap Dixie, haiwan peliharaannya.

Keesokan harinya semasa melihat wajahnya di bilik air, dia terkejut melihat separuh daripadanya rambutnya hilang.

Setelah disiasat lanjut, rupa-rupanya Dixie mengunyahnya.

Segumpal rambutnya ditemui di sebelah Dixie dan ia tidak menelannya sebaliknya hanya meninggalkannya di sisinya di lantai.

Menurut Sullivan, Dixie, yang berusia 3 tahun biasanya ditinggalkan di dalam kandang di rumahnya apabila dia pergi kerja.

Dia terpaksa dimasukkan ke dalam kandang kerana haiwan itu suka mengunyah barangan Sullivan, namun menurut wanita itu, ini merupakan kali pertama Dixie mengunyah rambutnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru