Thursday, May 19, 2022

Kejayaan besar GPS, RUU MA63 lulus

Secara Rawak

GEDONG: Ketua Menteri menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat semalam memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kejayaan itu merupakan antara usaha Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Ini bermakna hak kita terbela dan kejayaan ini merupakan hasil kebijaksanaan kerajaan GPS”, katanya.

Pindaan Perlembagaan MA63 yang dikemukakan oleh  pemimpin GPS Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Wanita Zon Gedong di sini, semalam.

Dr Wan Junaidi  yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), berkata, pindaan itu akan menyaksikan MA63 diletakkan setaraf dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957.

Ini kerana katanya, ia akan memperincikan peringkat pembentukan dan hala tuju Malaysia daripada Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan hala tuju Persekutuan Tanah Melayu 1957 apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai pada 1957.

Jelasnya, pindaan itu benar-benar memberi pengiktirafan tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila sama-sama membentuk Malaysia dalam perlembagaan Persekutuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru