Thursday, May 19, 2022

World Foochow Shi Yi Park unik, satu-satunya di dunia

Secara Rawak

SIBU: World Foochow Shi Yi Park dengan reka bentuk unik, bakal menjadi salah satu mercu tanda baharu bandar Sibu.

Reka bentuk binaan taman tema tersebut berdasarkan motif menarik perhatian generasi muda Foochow agar memahami sejarah kedatangan nenek moyang mereka yang terdahulu dan menyimpan sejarah awal kedatangan masyarakat Foochow dari Tanah Besar China ke Sarawak.

Ia juga menjadi memorial yang menceritakan sumbangan masyarakat Cina Foochow terhadap pembangunan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis pelancaran projek pembinaan World Foochow Shi Yi Park serta naik taraf pembinaan SKJ (C) Dung Sang, Sibu berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong pembangunan pendidikan masyarakat Cina di negeri ini.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak menyumbang RM10 juta setahun serta mengiktiraf pelajar lulusan United Examination Certificate (UEC) untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru