Thursday, May 19, 2022

Miro Semuh GPS ikrar bawa pembangunan berterusan untuk DUN Serembu

Secara Rawak

BAU: “Sepanjang penggal saya, lebih RM50 juta (dibelanjakan menggunakan) peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk membangun dan membantu masyarakat di kawasan ini (DUN Serembu) seperti projek pertanian, baik pulih rumah dan banyak lagi projek,” kata calon GPS DUN Serembu Miro Semuh.

Menurut beliau mandat baharu diperlukan untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di DUN Serembu melibatkan prasarana, pembangunan soial dan ekonomi.

Menghadiri Majlis Penutupan Program Promosi Keusahawanan (Pembuatan Kuih Muih) Kampung Skio, Miro berkata, sejak lima menjadi wakil rakyat, pembangunan yang beliau bawa memberi inspirasi kepada penyokong setia DUN Serembu menyokong beliau pada PRN-12 kali ini.

Menurut beliau, beliau akan berusaha berusaha menambah baik semua kemudahan ini dari semasa ke semasa untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Miro yakin jenteranya sentiasa bersedia dari awal, dan tidak berdepan sebarang gangguan sepanjang kempen dengan sambutan penyokong Serembu memberangsangkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru