Tuesday, January 18, 2022

Lembu telan rantai emas bernilai RM4,445

Secara Rawak

HEEPANAHALLI: Dalam kejadian luar biasa, seekor lembu di Karnataka terpaksa dibedah selepas menelan rantai emas.

Lembu milik Srikanth Hegde dan keluarganya yang tinggal di Heepanahalli, Sirsi Taluk, Uttara Kannada.

Biarpun rantai itu berjaya dikeluarkan, namun kini seberat 18 gram sahaja ditemui dengan sebahagian yang lain masih hilang.

Kejadian itu berlaku pada malam Diwali ketika mereka sekeluarga mengadakan persembahan ‘Gow Puja’.

Menurut DNA, keluarga terbabit meletakkan rantai emas seberat 20 gram pada leher lembu berkenaan bersama-sama kalungan bunga.

Setelah puja selesai, keluarga itu mengeluarkan rantai dan bunga serta menyimpannya di satu sudut rumah.

Beberapa minit kemudian, rantai emas itu hilang dan mereka sekeluarga mencarinya.

Mereka mengesyaki lembu itu mungkin menelannya dan selama 30 lebih hari, mereka sekeluarga meneliti tahi lembu itu tetapi tidak menemuinya.

Mereka akhirnya meminta bantuan doktor veterinar yang berjaya mengesahkan kehadiran logam di dalam perut lembu itu menggunakan sinar-x.

Sebaik sahaja mendapat izin keluarga, lembu itu dibedah dan rantai terbabit dikeluarkan melalui perutnya biarpun beratnya sudah berkurangan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru