Thursday, May 19, 2022

Sarawak berdikari hadapi krisis pembangunan 22 bulan pemerintahan PH

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak turut terasa keperitan sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memritah Putrajaya, walaupun hakikatnya Sarawak masih diterajui oleh gabungan parti tempatan yang menerajui kepimpinan Sarawak sejak awal pembentukan Malaysia.

Namun, hubungan baik Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan sebelum PRU-14 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila PH menang dan mengambil alih Putrajaya – banyak projek yang diluluskan sebelum itu dibatalkan atau ditangguhkan oleh kerajaan baharu PH.

Antaranya projek pembangunan jambatan, jalan raya pesisir, pulih baik sekolah sekolah daif, projek pembinaan dan pemulihan kemudahan awam di luar bandar.

Projek ini begitu penting bagi Sarawak terutama pembangunan jalan pesisir yang dapat mempertingkatkan dan mempercepat perhubungan antara daerah di Sarawak yang sebelum ini hanya dihubungkan jalan lama yang rosak dan mengambil jangka waktu yang panjang untuk dilalui dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

Perhubungan yang baik juga dapat membantu percepat perkembangan ekonomi di kawasan luar bandar dan pesisir Sarawak yang sedang giat dibangunkan.

Sepanjang pemerintahan 22 bulan PH di Persekutuan, Sarawak turut diugut menyelesaikan hutang berjadual RM1 bilion, jika ingin peruntukan pembangunan bawah Persektuan diteruskan.

Demi memenuhi janji kepada rakyat Sarawak Abang Johari selaku Ketua Menteri mengambil keputusan menyelesaikan hutang secara bayaran pendahuluan ke atas hutang berjadual itu.

Namun begitu setelah permintaan ditunaikan, Kerajaan PH masih gagal menyegerakan pembangunan yang tertunda.

Pengalaman pahit kerajaan GPS di Sarawak ini memaksa pelbagai strategi tindak balas dirancang bagi menjadikan Sarawak mampu berdikari sekiranya perkara sebegini berterusan atau berlaku lagi pada masa akan datang.

Antara tindakan diambil oleh kerajaan GPS ialah menubuhkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) untuk mengimbangi pembiayaan projek dalaman Sarawak yang diunjur sehingga RM10 bilion setahun.

Selain itu, penubuhan Syarikat Petroliam Sarawak Berhad (Petros) syarikat milik penuh kerajaan Sarawak dijangka mampu menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan dana perbendaharaan negeri untuk tujuan pembangunan negeri Sarawak jangka panjang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru