Thursday, May 19, 2022

Ini penjelasannnya, mengapa Abang Johari bertanding DUN Gedong

Secara Rawak

KUCHING: Perpindahan teraju utama calon GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari Satok ke Gedong pada PRN ke-12 kali ini dilihat oleh banyak pihak sebagai satu kejutan.

Bagi yang berkepentingan lebih-lebih lagi pembangkang mereka segera memainkan isu bahawa Abang Johari “gentar” di Satok sehingga bertukar kerusi ke Gedong yang dianggap sebagai kerusi selamat GPS-PBB.

Sedangkan jika dilihat secara fakta, Abang Johari telah pun memenangkan dan mewakili Satok selama sembilan penggal berturut-turut sejak 1981.

Abang Johari dan Satok begitu sinonim.

Kali terakhir beliau mempertahankan DUN Satok adalah pada PRN-11 pada 2016 dengan Abang Johari berjaya mempertahankan kerusi Satok menewaskan Mohamed Salleh Shawkatali (PKR) dengan Majoriti 5,045 undi.

Sangat tidak masuk akal dengan kecemerlangan demikian beliau berpindah semata-mata kerana didakwa “gentar” oleh musuh beliau.

Menurut Abang Johari, perpindahan beliau ke Gedong adalah atas permintaan penduduk setempat yang mahu melihat pembangunan lebih pesat di kawasan tersebut.

Lagipun bertukar kerusi khususnya ke kerusi luar bandar bukan perkara baharu dalam tradisi PBB terutama melibatkan teraju kepemimpinan.

Tun Pehin Sri Abdul Taib semasa menjadi ketua menteri pernah melakukannya ketika meninggalkan kerusi Kota Samarahan untuk berpindah ke Mukah.

Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem juga pernah meninggalkan kerusi Muara Tuang untuk bertanding di Tanjong Datu.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya berjaya membawa perubahan di kawasan yang baharu mereka wakili.

Mukah dibangunkan dengan pesat serta mempunyai jajaran perhubungan darat yang baik dan turut menjadi salah satu destinasi pelancongan tempatan.

Manakala, kawasan Tanjong Datu dan sekitarnya turut mendapat limpahan pembangunan dan kemudahan awam walaupun dalam tempoh yang sangat singkat semasa hayat Allahyarham Tok Nan dan dilanjutkan oleh kepemimpinan seterusnya.

Datuk Naroden Majais penyandang kerusi DUN Gedong sebelum ini sanggup mengorbankan diri bagi memberikan ruang kepada Abang Johari bertanding di kawasan itu demi kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan.

Beliau juga berharap kawasan sekitar Gedong turut mendapat limpahan pembangunan sekiranya GPS terus diberikan mandat menerajui kepimpinan negeri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru