Saturday, August 20, 2022

Beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada GPS gesa calon Dun Bukit Saban

Secara Rawak

SPAOH: Sudah banyak perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan bahkan ada yang telah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi DUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, beliau mempunyai pembangunan luar bandar turut menjadi tumpuan utama Kerajaan GPS dalam mengagihkan projek pembangunan.

“Sebagai contoh, sejumlah 99.9 peratus penduduk Bukit Saban menikmati bekalan elektrik dan 100 peratus bekalan air terawat dengan kesemua 94 rumah panjang turut dihubungkan melalui jalan raya.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang kita akan menumpukan kepada peningkatan pendapatan rakyat melalui pertanian moden. Beri kami satu lagi peluang untuk meneruskan dan melakukan lebih banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi bersama rakyat di sini.

Sehubungan itu, Uggah mengingatkan rakyat khususnya pengundi di kawasan beliau supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) 18 Disember ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru