Saturday, August 20, 2022

Tiong, Presiden PDP nafi beli undi RM500

Secara Rawak

SIBU:  Datuk Seri Tiong King Sing, calon Parti Gabungan Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong memberi amaran kepada  pihak tidak bertanggungjawab supaya berhenti menuduhnya membeli undi, seperti tersebar di laman media sosial.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berharap supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

Beliau yang bertembung dengan tujuh calon lain pada 18 Dis ini  berkata, beliau mahu rakyat menyokong berdasarkan khidmat baktinya, bukannya melalui beli undi.

Beliau berkata, matlamat utama beliau bertanding di kerusi itu ialah mahu semua rakyat bekerjasama dengan memberi peluang kepada GPS.

“Beri peluang kepada saya dan kita bangunkan era terbaik pada masa hadapan untuk kawasan Dudong,” katanya.

Beliau akan  ditentang  oleh Wong Hie Ping (PSB), Jane Lau (PBK), Fadhil Mohamad Isa (Bebas), Julius Enchana Jaspher Ancho (PBDSB), Josephine Lau Kiew Peng (Aspirasi, dan Engga Unchat (Bebas).

Dudong dengan 34,955 merupakan kerusi paling banyak pengundi bagi DUN Sarawak.

Kerusi ini menyaksikan pertarungan pelbagai penjuru paling banyak, iaitu lapan penjuru.

“Saya sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu dan tidak pernah beli undi daripada rakyat. Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk di sana. Cerita ini sudah mula tersebar,” jelasnya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Malah, jelas beliau, ada daripada penduduk menunjukkan mesej mengenai setiap pintu rumah panjang mendapat RM1,000, sekiranya meletakkan nama untuk menyokong saya.

Bukan itu sahaja,  katanya, ada yang menuduh beliau membeli satu undi pada harga RM500.

“Saya tegaskan di sini, untuk kaum Melayu, Iban, Cina di Dudong, mesej tersebut bukan daripada saya ataupun daripada GPS,” kata.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru