Saturday, August 20, 2022

Tak perlu undi saya, kata Ali Biju

Secara Rawak

SARATOK: Tak perlu pangkah saya, demikian ditegaskan calon Bebas Dun Krian Datuk Ali Biju yang menyatakan sokongan penuhnya terhadap GPS pada PRN-12 akan datang.

Menurutnya, beliau sendiri akan pergi ke kampung dan rumah panjang menerangkan kepada pengundi perkara tersebut.

“Tak perlu pangkah saya, sebaliknya pangkah calon GPS, ini yang akan saya buat semasa saya berjumpa (berkempen) dengan pengundi di peringkat akar umbi,” katanya.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata demikian pada sidang media di Saratok, malam tadi.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon turut hadir sama.

Jelasnya, jentera Bersatu di peringkat akar umbi juga akan melakukan perkara yang sama.

Ditanya sekiranya beliau ‘termenang’ pada hari pengundian kelak, Ali mengatakan itu hanya spekulasi.

Beliau turut mengakui Bersatu ada menasihatinya untuk tidak bertanding, namun gesaan penyokong akar umbi cukup kuat.

Ali merupakan penyandang kerusi Dun Krian selama dua penggal, yang juga Ahli Parlimen Saratok.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru