Friday, August 19, 2022

Surau Jamek, parit konkrit Rampangi, dewan Temenggong, parfit Santubong

Secara Rawak

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meninjau projek bina baharu Surau Jamek Darul Ibadah Kampung Rampangi Fasa 2.

Surau tersebut dibina dengan kos RM600,000 menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya Mac tahun depan.

Dalam kesibukan pilihan raya ini beliau turut meninjau kerja membina parit konkrit di Kampung Rampangi Fasa 2.

Sistem perparitan baharu itu dibina dengan kos RM200,000 turut menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai.

Selain itu Abdul Rahman meninjau keadaan dewan Kampung Temenggong yang akan dibaik pulih.

Kos pembinaan dewan ini menelan belanja RM150,000.

Beliau turut diberi penerangan berkaitan projek perparitan di Kampung Santubong.

Projek tersebut menelan belanja RM150,000.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru