Saturday, August 20, 2022

Sokong GPS, Sarawak teruskan kestabilan politik, negeri

Secara Rawak

SAMARAHAN: Sarawak memerlukan kestabilan politik untuk terus maju sekali gus memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Demikian tegas Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof ketika mengulas lanjut mengenai Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Menurutnya, rakyat sudah penat dengan kerajaan yang terumbang-ambing.

“Sebab kita dah belajar apa yang berlaku di semenanjung, di peringkat persekutuan, apabila politik tak stabil, maka perancangan untuk membangunkan negara ini terjejas.

“Disebabkan setiap kali bertukar kerajaan, nak bertukar kepimpinan dan sebagainya, jadi fokus kepada pembangunan negara dan pembangunan rakyat itu terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Rancangan Tebatan Banjir Sarawak pada Sabtu.

Jelasnya, apa yang penting adalah kemakmuran negara dan negeri bagi menyalurkan bantuan kepada pembangunan rakyat.

Justeru, dengan rekod prestasi GPS selama ini, jelas sekali bergerak ke arahan itu.

“Kemakmuran itu penting kerana hanya dengan kemakmuran kita dapat menjalankan pelbagai program dan bantuan kepada rakyat dan jugak membangunkan negeri kita.

“Rekod prestasi GPS itu sendiri membuktikan yang kita dapat memastikan kestabilan dan keharmoni rakyat kita di Sarawak,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru