Tuesday, November 29, 2022

Perang poster di Sarikei dan Sibu rancak dengan poster GPS, DAP dan PSB bersaing hebat

Secara Rawak

SARIKEI: Sarawak Voice (SV) melakukan tinjauan ke Bandar Sarikei dan Sibu bagi melihat secara dekat suasana kempen menjelang PRN 12 yang akan berlangsung pada 18 Disember nanti.

Secara seimbas lalu sepanjang perjalanan melalui kawasan di Sarikei perang poster dilihat sudah semakin rancak dengan poster GPS dan DAP begitu hebat mendominasi suasana. Tidak terkecuali poster parti Bebas dengan lambang rumah juga tidak kurang hebatnya berkibar di sekitar laluan Selalang-Sarikei.

Selain itu turut kelihatan agak banyak juga poster PSB dan sedikit poster Parti Aspirasi yang berlogo rama-rama.

Manakala di Sibu perang poster juga kelihatan rancak di antara Parti GPS, PSB dan DAP. Manakala poster Parti Aspirasi dan PBK serta Parti Bebas turut kelihatan namun dalam jumlah yang sedikit.

Cuaca di bandar Sibu ketika ini hujan dan menyukarkan sedikit pergerakan di bandar ini petang ini.

Bagaimanapun pada keseluruhannya suasana kempen nyata terkawal dan dalam suasana aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru