Saturday, August 20, 2022

Pas ingin timang cahaya mata pertama di Sarawak

Secara Rawak

BATANG LUPAR:  Mampukah PAS menimang cahaya mata pertama di Sarawak kali ini?

Impian PAS untuk menimang kerusi sulung di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak menjadi harapan  banyak pihak.

Antaranya Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sarawak yang sanggup berkampung di Beting Maro bagi membantu kempen calon PAS Mohammad Arifiriazul Paijo.

Pengerusinya, Achau Anak Mujahh  seperti yang dipetik Harakah Daily berkata, banyak pihak mengharapkan kemenangan berpihak kepada calon PAS dengan mengambil pengaruh parti itu semakin meluas di Beting Maro.

“Harapan DHPP Sarawak supaya muncul kerusi sulung PAS di Sarawak. Sebab itu, kita bertungkus lumus membantu kempen kali ini,” katanya.

“DHPP Sarawak berkampung di sini, kita akan tunggu sehingga pengiraan undi pada 18 Disember Disember ini.

“Di DUN Beting Maro hampir sahaja satu lawan satu. Parti-parti lain itu tiada kekuatan, hanya PAS yang lebih nampak ada persaingan untuk bertanding dengan parti sedia ada,” ujarnya ketika ditemui di Bilik Operasi Utama N29 Beting Maro, Pusa, hari ini.

Menurutnya juga keputusan PAS bertanding di Dun Beting Maro bukan khayalan sebaliknya mempunyai ‘track’ rekod pencapaian yang baik setiap kali PRN Sarawak sejak 2001 hingga 2016.

Kata beliau, di Beting Maro pertandingan lima penjuru namun nampak lebih terarah kepada satu lawan satu berdasar perkembangan yang berlaku sekarang.

“Pada pilihan raya lalu walaupun Parti Amanah Negara ada masuk bertanding, dia dapat 130 undi sahaja,” katanya.

Pas hampir menang kerusi Beting Maro dalam pRN pada 2011 apabila hanya tewas dengan 391 vundi.

Pada 2016, melalui calon wanitanya Hamidah Moktar, Pas meraih lebih 3,000 undi.

Kali ini parti Islam berpangkalan di Semenanjung itu hanya bertanding di satu kerusi berbanding 11 kerusi pada 2016, tetapi semua kerusi itu tewas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru