Saturday, August 20, 2022

Dr Hazlan naik motorcade masuk kampung 

Secara Rawak

Berkempen semasa pandemik penularan wabak Covid-19 memerlukan idea dan kreativiti bagi mengimbangi keperluan menyampaikan aspirasi, dan misi calon serta parti kepada pengundi dan pematuhan SOP pilihan raya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 (termasuk varian baharu).

Bagi calon GPS DUN Demak Laut, Dr Hazland Abg Hipni, beliau memilih berkempen menggunakan kaedah tersendiri iaitu menggunakan kenderaan, berkempen dari kampung ke kampung dengan ‘motorcade’.

Rombongan yang diketuai sendiri oleh calon memulakan pergerakan dari Demak Laut menuju kawasan tabuan.

Dr. Hazlan yang memandu sendiri kenderaan stail ‘motor home’ berkempen dan memberikan penerangan kepada pengundi program yang dilaksanakan sebelum ini dan yang diteruskan serta ditambah baik sekiranya beliau sekali lagi dipilih sebagai wakil Demak Laut.

Antara projek yang dilaksanakan dan diteruskan ialah kawasan penempatan baharu dengan pembukaan dan pembinaan perumahan mampu milik yang dapat membantu rakyat berpendapatan rendah.

Ini bagi menggantikan rumah yang mereka duduki ketika ini yang berdiri di tapak tanah milik orang, sama ada oleh perusahaan atau milik persendirian dengan ada yang turut menduduki tanah kerajaan.

Dengan penyusunan semula penempatan penduduk bermakna banyak projek lain turut dapat dibangunkan diberikan untuk kemudahan penduduk setempat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru