Saturday, August 20, 2022

Calon PKR  Tellian pertahankan golongan muda

Secara Rawak

MUKAH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Tellian, Mohd Arwin Lim Abdullah 34 mengakui  beliau mempunyai satu misi untuk membawa perubahan kepada Dun Tellian sekiranya beliau terpilih sebagai wakil rakyat.

Jelasnya, penyertaan PKR dalam PRN kali ini memberi kelebihan kepada PRK setelah berpengalaman dalam PRN sebelum ini.

“Bagi saya ini adalah peluang yang harus kita ambil kerana kita lihat di Sarawak, kali ini ialah PRN yang paling panas lebih-lebih lagi GPS, PAB dan PBK pertama kali bertanding dan ini memberi cabaran besar buat mereka

“Dalam proses berkempan kini kita mengambil langkah bertemu dengan pengundi sekerap yang mungkin dan sekiranya  tiada halangan cuaca pihaknya akan berjumpa dengan pengundi di setiap kampung dan ramah-rumah panjang,” katanya.

“Kita ketahui SPR telah mengeluarkan SOP  tertentu bagi saya ia tidak mendatangkan masalah kerana kita patuh kepada SOP maka kita boleh ke kawasan pedalaman dan berdekatan  dan bertemu pengundi,” ujarnya lagi.

Anak jati Melanau dari Kampung Jebungan ini turut teruja apabila DUN Tellian kali ini menampilkan persaingan dua calon belia setelah sekian lama DUN berkenaan menampilkan pertandingan dua penjuru sejak sekian lama.

“Tambahan calon GPS Royston Valentine ialah rakan saya ini saya akui PRN kali ini ia mampu mewujudkan satu persaingan yang sihat.

“Saya rasa ini menjadi satu perkara yang sangat baik kerana mana-mana pimpinan parti memberi peluang dan ruang untuk anak muda terlibat dalam politik. Sebagai anak muda harus membuktikan bahawa kita juga boleh mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat, jika bukan kita siapa lagi,” katanya.

“Malahan stigma mengatakan belia dilihat masih mentah untuk terlibat dalam politik saya sangkal sama sekali kerana bagi saya jika ingin maju setiap orang harus melihat ke depan dan mencontohi negara lain yang mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang boleh membawa satu perubahan yang besar.

“Tidak semestinya kita sebagai anak muda ini tidak mampu tetapi kita juga harus  dibimbing oleh orang yang lebih dewasa dan berpengalaman,” ujarnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru