Tuesday, June 28, 2022

Calon GPS DUN Kabong pergiat kempen secara lintas lalu kediaman penduduk

Secara Rawak

KABONG: Bagi memastikan kemenangan berpihak kepada GPS,Calon GPS N. 40 Kabong, Mohd. Chee Kadir memperhebat gerakaan berkempen secara norma baharu dengan bertemu penduduk secara lintas lalu di kawasan kediaman penduduk di samping bertegur sapa dan memperkenalkan lambang GPS kepada penduduk yang ditemui.

Tempoh berkempen yang memasuki hari kelima hari ini dan berbaki seminggu lagi, gerakan kempen patuh SOP Covid-19 tersebut disusun dalam beberapa pasukan kecil dan bergerak menemui penduduk di luar kediaman penduduk.

Sewaktu berlangsung kempen tersebut penduduk di perkenalkan dengan lambang GPS serta kedudukan petak undi di dalam kertas undi untuk dipangkah semasa hari pengundian kelak.

Dengan disokong oleh cuaca yang redup sememangnya memudahkan lagi pergerakan pasukan berkenaan berjalan keliling kampung serta memasuki lorong-lorong kediaman penduduk di sini.

Para penduduk juga kelihatan mesra dan amat senang dengan penampilan kelibat calon GPS yang sanggup bergerak turun padang menemui penduduk.

Malah ramai penduduk yang disantuni menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon GPS dan berikrar akan mengundi GPS dan memberi kemenangan kepada calon GPS.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru