Tuesday, August 9, 2022

Beg bergerak sendiri

Secara Rawak

DALLAS: Klip yang dimuat naik oleh ViralHog yang menunjukkan sebuah beg pakaian beroda bergerak sendiri menuruni tanjakan lapangan terbang di Dallas, menyebabkan netizen media sosial tergelak melihatnya.

Sebuah trak dilihat melintasinya tetapi tidak mengambil beg itu, yang terus bergerak dalam garis lurus.

Seketika kemudian, kenderaan lain menghampiri beg pakaian itu dan mengambilnya.

Menurut NDTV, video tersebut dirakam oleh individu yang berehat makan di sebuah premis makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa DFW.

Dia melihat beg tersebut terjatuh dari troli pembawa bagasi dan mendarat tegak di atas rodanya.

Ia terus bergolek selama hampir seminit sebelum pekerja lapangan terbang itu mengambilnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru