Saturday, December 3, 2022

Azizul pilihan tepat untuk Tanjong Datu

Secara Rawak

SEMATAN: Agenda kerajaan adalah untuk menampilkan pelapis yang boleh membawa Sarawak untuk terus maju ke hadapan pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, beliau melihat calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Azizul Annuar Adenan mempunyai potensi sebagai pemimpin yang baik untuk mengetuai GPS pada masa akan datang.

“Kita meletakkan calon baharu yang mempunyai visi untuk memajukan kawasan Tanjung Datu, kaya dengan ilmu dari segi pendidikan dan berbakat selain daripada sekadar pandai bercakap.

“Justeru, Azizul diberikan kepercayaan untuk bertanding di kawasan tersebut kerana menepati semua kriteria yang diperlukan sebagai seorang wakil rakyat yang berkaliber,” katanya selepas selepas menyempurnakan Program Kesukarelawanan, Penghijauan Malaysia di Pantai Telok Melano, Sematan, hari ini.

Tambahnya, calon ini juga pasti akan dapat mewujudkan sektor yang diperlukan oleh masyarakat di kawasan tersebut terutama sekali bagi golongan belia demi menaik taraf kehidupan mereka.

Pada masa yang sama, dapat membawa pembangunan terhadap Dun Tanjung Datu ke arah yang lebih maju dengan rancangan dan visi yang difikirkan oleh beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru