Saturday, August 20, 2022

Ali Biju minta GPS beri laluan kepadanya di Parlimen Saratok

Secara Rawak

SARATOK: Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju mengharapkan GPS akan memberi laluan kepada Bersatu pada PRU-15.

Menurutnya, pengorbanan ini melibatkan kedua-dua pihak.

“Inilah yang kita harapkan, supaya pengorbanan kita (Bersatu) kali ini ‘berbalas’.

“Pada PRU-15 kita minta supaya GPS memberi laluan kepada Bersatu di Parlimen Saratok,” katanya pada sidang media di Saratok, semalam.

Beliau mengakui sememanya ada perbincangan mengenai kedudukan di Parlimen Saratok antara kepimpinan tertinggi parti.

“Kita bincang, untuk bertanding di Parlimen Saratok,” ujarnya.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa calon GPS Krian akan menang pada PRN-12 kelak.

“Saya yakin bahawa dengan sokongan yang saya berikan kepada calon GPS, GPS akan menang di Krian ini.

“Sebab kemenangan GPS juga adalah kemenangan saya… kalau GPS menang, saya juga menang. Ini hubungan strategik yang perlu kita perkukuhkan di Saratok ini,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru