Friday, August 19, 2022

Wan Azizah kempen PKR di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Lembaga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di Sarawak memberi sokongan kepada calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Cherishe Ng bagi kerusi DUN Batu Lintang.

Wan Azizah dalam kenyataannya berkata, PKR mengemukakan Cherishe Ng, 24, sebagai mewakili suara golongan belia di negeri ini di DUN kelak.

Wan Azizah berada di Sarawak sehingga Ahad ini, turut berkempen di Miri.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tiba di Sarawak untuk berkempen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru