Saturday, August 20, 2022

‘Trak Perang’ untuk berkempen Lee Kim Shin

Secara Rawak

MIRI: Bekas penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah diwujudkan di kawasan DUN tersebut.

Katanya, ini termasuk pembangunan bandar satelit baharu, pendidikan, kemudahan penjagaan kesihatan, kemudahan perumahan dan komersial, pembangunan infrastruktur, taman rekreasi, kemudahan sukan, utiliti dan lain-lain.

Bercakap dalam sidang media bagi pelancaran Kad Laporan DUN N.75 Senadin di Dewan Aktiviti Pusat Khidmat Cawangan SUPP Senadin pada Rabu, beliau berkongsi mengenai kad laporan pencapaian yang telah dilakukan bagi kawasan itu.

“Kad laporan saya ini mengandungi semua pencapaian dan sumbangan saya sepanjang menjadi wakil rakyat sebelum ini,” katanya.

Kad laporan tersebut dikeluarkan dalam empat bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Iban.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Lee juga telah melancarkan ‘Trak Perang’ iaitu kenderaan untuk digunakan bagi berkempen dalam pilihan raya kali ini. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru