Saturday, August 20, 2022

Lebih banyak rumah mampu milik

Secara Rawak

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Batu Kawah Datuk Seri Dr Sim Kui Hian melancarkan manifestonya memfokuskan empat teras utama dengan visi menjadikan Batu Kawah Maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau yang juga penyandang Batu Kawah berkata, ia termasuk melindungi rumah, pendidikan dan nilai; meningkatkan kualiti hidup dan infrastrutkur; meningkatkan pendapatan dan ekonomi digital serta kebangkitan Sarawak dan Batu Kawah 2.0.

Sim berkata GPS mengambil serius perkara yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan dan sedia menunaikan janji manifesto.

Antara perkara utama disenaraikan dalam manifesto beliau ialah menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik untuk golongan B40 dan M40, pemasangan CCTV dan dron untuk keselamatan, membina pusat penjaja dengan 400 gerai dan menaik taraf serta membina jalan raya bagi mengurangkan kesesakan.

Perkara lain ialah membina dan menaik taraf 10 taman rekreasi, pembinaan lebih banyak sistem perparitan, membina stesen pelbagai bahan api Petros dan pembinaan ikonik pusat pentadbiran Batu Kawah.

Selain itu, menjadikan Batu Kawah sebagai destinasi untuk agropelancongan dan ekopelancongan dengan mentransformasikan sungai serta tasik di sini taman untuk pertanian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru