Saturday, August 20, 2022

Kad laporan jadi taruhan Sebastian Ting sebagai calon DUN Piasau

Secara Rawak

PIASAU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah melancarkan Kad Laporan Pembangunan Sebastian Ting Sepanjang 5 Tahun melalui satu sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Piasau pada Rabu.

Pelancaran “Kad Laporan Calon GPS N.73 Piasau” bertujuan memaparkan prestasi terbaik yang telah dicapai calon GPS  DUN Piasau sepanjang tempoh perkhidmatannya pada 5 tahun lepas.

Laporan yang dimuatkan dalam kad laporan ini merangkumi pembangunan di konstituensi DUN N.73 Piasau dengan jumlah nilai keseluruhan projek pembangunan sebanyak RM522,494,563.48.

Antara projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan di DUN N.73 Piasau ialah Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) 173 projek, Projek Khas satu projek, Projek Kecil Tranformasi Luar Bandar (MRP) 1,409 projek, Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), Program Pertanian tahun 2019 114 kumpulan pengusaha pertanian, Projek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) 20 kumpulan dan Pembangunan Lima Tahun Bandaraya Miri 6 projek.

Beliau berharap pengundi Di DUN N.73 Piasau memberikan penilaian sewajarnya pada hari pengundian nanti di atas komitmen dan pencapaian yang telah dilaksanakan dalam memberikan perkhidmatan dan membawa pembangunan khususnya kepada penduduk Bandaraya Miri.

KHAMIS, 9 DISEMBER 2021

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru