Friday, August 19, 2022

Harapan tinggi pengundi DUN Balingian

Secara Rawak

BALINGIAN: Pada PRN-12, sekali lagi Abdul Yakub Arbi calon GPS bertanding di DUN Balingian menentang lawan secara tiga penjuru berdepan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Yusuf Abdul Rahman dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang.

Penduduk DUN Balingian mempunyai harapan tinggi wakil rakyat yang dipilih pada PRN-12 dapat meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.

Rata-rata penduduk mahu Abdul Yakub Arbi sekali lagi memenangi PRN kali ini.

Menurut penduduk setempat, Balingian banyak berubah terutama dari segi pembangunan ketika Abdul Yakub menjadi wakil rakyat di situ yang disifatkan mudah mesra selain prihatin dengan kebajikan rakyat.

Penduduk berharap DUN berkenaan diteruskan projek pembangunannya seperti menaik taraf jalan, projek naik taraf kampung, sekolah dans sebagainya denga bantuan kerajaan Sarawak diteruskan.

DUN Balingian mempunyai 8,704 pengundi berdaftar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru