Saturday, August 20, 2022

Calon Pas tunggal di Beting Maro bantu anak muda

Secara Rawak

KUCHING: Anak-anak muda di Beting Baro berpeluang berjinak dalam bidang perniagaan melalui inisiatif yang dibawa calon PAS DUN terbabit.

Calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di DUN Beting Maro, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, tumpuan utama untuk membantu anak-anak muda terbabit dengan perniagaan sebagai sumber rezeki.

Katanya, mereka akan dibantu mendapat modal bagi memulakan perniagaan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdapat di DUN Beting Maro.

“Selain itu memberi galakan kepada anak-anak muda membangunkan komuniti mereka dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dengan penglibatan pelbagai pihak,” katanya seperti dipetik Harakah Daily

DUN Beting Maro menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan Jacky Chiew Su Chee mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK), Razaili Gapor (GPS-PBB), Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR), Safiudin Matsah (Bebas) dan Arif Paijo (PAS).

Pada Pilihan Raya Negeri 2016 kerusi itu dimenangi Razaili Gapor dengan majoriti 1,707 undi.

PAS pernah hampir memenangi DUN berkenaan apabila kalah hanya dengan 391 undi pada 2011.

Pada 2016 pula calon PAS Hamidah Mokhtar meraih lebih daripada 3,000 undi.

Ini memberi keyakinan kepada parti itu untuk bertanding di kerusi terbabit.

Pada 2016, PAS bertanding di 1q1 kerusi dan tewas kesemuanya.

Arif juga berkata, beliau akan membuka Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Beting Maro bagi memudahkan memberi khidmat kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada 18 Disember ini.

“Markas PAS Pusat sedia ada, kita akan operasikan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat untuk memberi khidmat kepada penduduk tempatan.

“Insya-Allah inilah antara komitmen saya dan PAS untuk DUN Beting Maro bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan mengajak anak-anak muda berjinak dengan perniagaan” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru